html

video maher – insyallah

Advertisements
Posted in Uncategorized | Leave a comment

TSUNAMI AMARAN DARI TUHAN

Tuhan telah mencipta mahkluk termasuk alam, manusia dan lain lain berserta katalog [ “instruction manual way of life”] tentang cara untuk hidup yaitu Al Quran dan As Sunnah.Maka amatlah bahaya jika manusia tidak mengenali dan faham katalog ini dan cuba mengendali kehidupannya cara sendiri mengikut logik akal semata mata.Kalau tidak ikut arahan yang telah di tetapkan dalam katalog tersebut huru hara, lintang pukang, kelam kabut, porak peranda, punah ranah, rosak binasalah dunia ini.

Tsunami Jepun 2011

Malangnya manusia sudah lupa daratan.Sudah jadi bongkak dan sombong.Justeru di bakul sampahkan katalog tersebut.Dia mahu tunjuk otaknya lebih hebat dan boleh mengatasi Tuhan.Tuhan terus di lupakan dan seolah olah Tuhan tiada berperanan di dunia ini lagi.Semua ingin dibolot oleh manusia.Lalu mencipta ideologi ideologi  saperti nasionalisme,demokrasi, zionisme,komunisme,capitalisme,sosialisme,liberalisme, atheis dan sekarang muncul ideologi pluralisme dan bermacam macam lagi ideologi yang tidak di tunjuk oleh Tuhan.Dewasa ini hampir seluruh dunia bertuhankan sistem demokrasi, termasuk sistem demokrasi pilhanraya yang di amalkan hampir keseluruhan umat Islam di dunia.Tunjuk ajar cara hidup atau “way of life’ dari Al Quran dan Sunnah di pinggirkan oleh umat Islam sendiri apatah lagi yang bukan Islam.

Beginilah keadaan umat Islam dan manusia sekarang.Maka adil lah Allah turunkan bencana tsunami.Ini mungkin pakej lengkap dari Tuhan [sebelum muncul pakej yang lebih lengkap yaitu kiamat] untuk mengajar manusia dan memperkenalkan semula manusia kepada Tuhannya.Agar bencana tsunami memberi pengajaran kepada semua manusia supaya sedar dan insaf betapa kerdilnya mereka apabila berhadapan dengan nya.Manusia dari zaman dahulu hingga zaman ini dan betapa maju tamaddun dan teknologi mereka sekali pun tidak akan mampu menghalang kehendak Tuhan.

Sebagai umat Islam kita seharusnya jangan tidak mahu sedar dan insaf dan jangan pura pura tidak mahu faham akan maksud Allah.

Tsunami Aceh 2004

Antara yang tersirat melalui kejadian banjir besar di California dan Australia, gempa dan tsunami di Aceh dan Jepun dan di lain lain negara ialah:

  1. Kepada orang Islam yang bertaqwa, Tuhan mahu tinggikan darjatnya.
  2. Kepada orang soleh adalah penghapus dosa
  3. Kepada orang orang yang degil dan menolak Tuhan dan sistemNya [walaupun dia Islam] adalah sebagai hukuman buat mereka.
  4. Kepada orang kafir adalah kutukan Allah.
“Dan Kami menolongnya daripada angkara kaum yang mendustakan ayat ayat Kami.Sesungguhnya adalah mereka kaum yang jahat, lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga mati lemas dalam banjir yang besar)”. Maksud Quran Surah Al Anbiya’ ayat 77.
“Dan Kami tidak membinasakan sesuatu negeri pun melainkan sesudah ada baginya orang orang memberi peringatan untuk menjadi peringatan dan Kami sekali kali tidak berlaku zalim.” Maksud Al Quran Surah Asy Syura’ ayat 208-209.
Wallahu’alam.
Posted in My Taasafamily, Pengenalan APRIL 2011, Uncategorized | Tagged , | 2 Comments

Bicara My

Salam perkenalan..

Pengelaman hidup ini banyak mendewasakan kita..

setiap apa yang berlaku kepada kita telah di tulis sejak azali lagi..

kita hanya perlu melaluinya dengan takdir yang telah ditetapkan kepada kita..

syukur dengan apa yang telah di takdirkan kepada kita dan laluinya dengan redha..

insyallah hidup kita akan sentiasa diberkati olehNya dan kita akan sentiasa tenang dalam apa jua rintangan yang bakal kita tempuh tak kira walau dalam apa jua rintangannya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Bicara Kedua

Kelasifikasi tentang wordpress

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Posted in Uncategorized | 1 Comment